20 Oct 2012

masih menganggur ;>



dah dekat sebulan aku kat umah, jadi suri umah sepenuh mase.
setiap hari tunggu orang panggil aku keje.
yelah, lebih 10 resume kot aku hantar..
dengan harapan dapat la keje yang sesuai ngan jiwa aku.

tapi memang masih lagi jadi harapan.
aku nak keje sambil2 kat kilang, 
tapi mak tak bagi..macam macam alasan mak
keje kedai pun beliau tak bagi.
ape leh aku buat..bersabar dan terus bersabar.

aku memang dah takde duit langsung !
malu sangat nak mintak mak bah duit :(
sampai bile..

emm..mak..daya suke wat keje umah..
tolong mak sume tu..daya ok je.
cume keperluan daya ni je..
daya takde duit nak beli beg tangan,kasut,,hehe
tapi daya memang dah besar. daya perlu berdiri sendiri. :(

wat laksa johor..



asalam seme...
harini aku wat lakse johor. first time tau. dah la takde orang tengok aku wat. pakai masuk je..
huhu..mule mule rase macam nak give up je teruskan masak. sebab rase tak sedap sangat. ><
then aku try lagi..masukkan daun kesum ngan bunga kantan. Alhamdulillah menjadi sikit tau. :)
siap jugak laksa aku. cume tak snap je,sebab telupe lak.

tapi ape yang aku hepi,aku dah tunaikan janji pada kekasih ati jantung aku. si mungek tu, :8)
die nak sangat aku wat laksa johor. and first try,aku bagi die rase. die datang amik..hehe
memang malu sangat sebabnye,taklah sedap sangat. at least aku dah try. 
malu kat mama die. haha.
taktau kenape,aku gembire sebab dah bagi die hepi rase laksa aku. tapi pasni leh wat lagi,
mungkin akan lebih baik dari harini. :) akan datang aku nak wat kek coklat lak..wish me luck k.

17 Oct 2012

menghilangkan bintik hitam


Wajah adalah satu kawasan badan manusia yang paling diambil berat lebih-lebih lagi oleh wanita. Tidak dinafikan muka merupakan identiti seseorang dan tidak hairanlah semua orang mahu kelihatan terbaik. Walaupun begitu adakalanya muka kita mempunyai beberapa bintik-bintik hitam yang kurang menarik.

Berikut adalah di antara petua untuk mengurangkan dan menghilangkan bintik-bintik hitam;

  • Parut sebiji timun hingga hancur. Campurkan parutan bersama tepung jagung. Apabila sebati, sapukan ke seluruh muka dan biarkan sehingga kering. Amalkan setiap pagi sehingga kulit nampak bersih dan lembut.
  • Rendam sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu pada tempat yang mempunyai bintik hitam. Apabila telah kering, tanggalkan tisu tersebut. Cuci muka dengan air dan pencuci muka. Lakukannya dua kali seminggu.
  • Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.
  • Belah limau nipis, perah airnya dan campurkan dengan sedikit garam. Sapukan pada bahagian berbintik hitam dan biarkan seketika sebelum dibilas dengan air. Amalkan petua ini tiga kali sehari.
  • Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Apabila sudah kering basuhlah muka dengan air suam.
  • Gaulkan satu sudu minyak zaitun dengan sebiji telur. Sapukan ke muka selama 20 minit sebelum dicuci dengan air suam. Lakukannya sebelum tidur.

merawat kulit terbakar matahari


Apabila berada di luar bangunan terlalu lama akan menyebabkan kulit badan terutama di muka akan terdedah kepada pancaran cahaya matahari. Akibatnya ada dikalangan kita yang akan mengalami kulit terbakar terkena pancaran matahari ini. Di sini dipaparkan beberapa petua untuk mengatasinya;
  • Sapukan isi aloe vera dan sapukan ke seluruh muka. Amalkan setiap hari dan lihat hasilnya selepas beberapa hari.
  • Campurkan sedikit tepung gandum dengan sedikit madu, putih telur dan air limau nipis. Selepas itu, sapukan seluruh bahagian muka kecuali mata dan mulut. Biarkan sehingga kering barulah dibilas dengan air. Amalkan selalu.
  • Kisar enam biji timun dan campurkan dengan dua sudu besar susu tepung. Kemudian sapukan pada kulit wajah yang terbakar tadi dan biarkan sehingga kering. Seterusnya bilas muka sehingga bersih dengna air suam.
  • Belah dua biji tomata kemudian gosokkan pada kulit wajah selama 5 - 10 minit dan tunggu sehingga benar-benar kering. Bilas dengan air suam.