Ada wanita yang cukup kenal erti bersyukur. Malah ada wanita yang
tahu natijah mereka itu sebagai seorang wanita dan mengapa mereka
dijadikan oleh Allah sebagai seorang wanita. Wanita yang berada dalam
golongan ini adalah mereka yang tidak “demand” dan mempunyai rasa
tawadduk yang tinggi.
Tapi dalam masa yang sama, ada juga wanita yang “lupa diri”. Kaum
wanita selalu cakap “susah jadi wanita”. Mereka telah digoda dan
diperdaya oleh syaitan dan hawa nafsunya sendiri. Mereka selalu
persoalkan ketentuan Allah terhadap mereka.
Dengan kata lain yang agak kasar, mereka mendakwa yang Allah telah
berat sebelah. Mari kita lihat siapakah wanita-wanita ini dan jika ada
di antara pembaca blog ini yang sudah mula persoalkan soalan yang
disenaraikan di bawah, bolehlah bermuhasabah sebelum terlambat.
Keluhan REMAJA perempuan A:
“Aduh, situ tutup, sini tutup. Susah la gini. Apasal laki-laki mudah
saja? Tak pakai baju pun takpe. Perempuan auratnya lagi banyak.”
Keluhan ISTERI A:
“Kenapa la kita para isteri ni nak keluar kena minta izin dari suami
kita, padahal suami kita nak keluar kemana-mana pun tak bagitau kita
takpe pulak.”
Keluhan REMAJA perempuan B:
“Jika kita ikut faraid dalam hal pusaka, rugilah kita. Sebab bahagian
harta pusaka perempuan lagi sedikit berbanding harta yang anak lelaki
dapat. Kami mahu keadilan!”
Keluhan ISTERI B:
“Kenapa Allah jadikan wanita mengandung dan rasa sakitnya nak melahirkan
anak. Suami kita rileks saja? Masa buat anak carilah kita, masa nak
beranak kita tanggung sendiri!”
Keluhan ISTERI C:
“Islam kata kita perempuan wajib taat pada suami, tapi ada Islam cakap
suami perlu taat pada isterinya? Mana keadilan pada kaum hawa?”
Keluhan ISTERI D:
“Bila nak cerai je, suami yang boleh jatuhkan talak. Kenapa isteri tak bolek ceraikan suaminya? Kenapa?”
Keluhan remaja perempuan D:
“Wanita takleh nak beribadat macam lelaki, sebab bila kita ada haid dan
nifas, takleh nak solat dan puasa. Ingat perempuan ni suka ke tak solat
dan puasa?”.
Dan kemudian datanglah pertubuhan dan organisasi yang membela kaum
wanita, dan menuntut hak samarata antara gender, mengekploitasi fahaman
wanita yang terjejas akidahnya dek kerana disogok pertanyaan. Kaum
lelaki pula cakap, “Ah, mujur aku ni lelaki!”
Tunggu..!
Istigfarlah pada wanita yang ada perasaan seperti di atas. Mujur ada
seorang lelaki yang bukanlah seorang ustaz namun amat yakin bahawa Allah
itu Maha Adil. Dia tidak mampu menuturkan sabda Rasulullah s.a.w dan
petikan dari ayat Al-Quran, namun dengan keimanan dan ilmu sedikit yang
dia ada ,diolah sebaiknya untuk menjawab soalan-soalan melampau itu.
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan A:
“Cik adik, Islam lah yang mengangkat aurat wanita. Benda yang mahal
harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang teraman
dan terbaik. Awak ada emas dan permata, adakah awak nak letak terdedah
ditepi laluan lalu lalang atau disimpan dirumah agar tiada siapa melihat
perhiasan itu?
Ok, jika awak letakkan perhiasan tadi dikalangan orang, agaknya apa akan
jadi dengan barang perhiasan tadi? Lelaki, yang utama hanyalah bawah
pusat ke lutut tapi awak? Saya tidak dapat melihat kulit anda pun
kecuali muka dan tangan! Awak tak mungkin akan terangsang nafsu tengok
saya hanya berseluar pendek ke lutut kan?
Tapi kalau sebaliknya, jangankan saya, tapi tok imam pun akan tercabut serbannya jika tengok awak pakai hanya seluar pendek!”
Lelaki beriman menjawab keluhan isteri A:
“Ok, isteri perlu taat pada suami. Jadi, lelaki apa? Suami perlu wajib
taat juga kepada ibunya tiga kali lebih utama dari ayahnya, walaupun dia
sudah berkeluarga. Bukankah ibu itu seorang wanita? Isteri tidak perlu
lagi, taatnya hanya pada suami. Kenapa awak perlu taat pada suami?
Kerana suami kalian lah yang menanggung dosa yang kalian lakukan!”
Lelaki beriman menjawab keluhan remaja perempuan B:
“Betul ke wanita menerima warisan pusaka lagi sedikit daripada lelaki?
Tapi kan, harta itu memang hak untuk wanita itu dan dia berhak lakukan
apa saja yang dia mahu. Shh.. jangan kongsi dengan sape-sape walaupun
suami.
Tak kesian pada lelaki ke, dia perlu membahagikan harta pusaka itu
kepada isteri dan anak-anaknya. Kalau isteri dia ramai, anak dia ramai,
harta pulak secebis, tak merasa lah jawabnya!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri B:
“Tahniah la sebab awak dapat mengandung dan melahirkan. Setiap kali awak
begitu, wanita itu didoakan oleh sekalian makhluk dan malaikat!
Beruntungnya awak! Andaikan awak meninggal pula masa beranak tu,
percayalah… itu mati syahid dan ganjarannya syurga.
Ya, syurga menanti awak malah beranak 15 kali pun sihat sampai ke tua!
Sebab tu tak ramai orang wanita meninggal masa melahirkan !”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri C:
“Akhirat nanti, saya dan lelaki lain didunia ini akan diminta
bertanggungjawab keatas empat jenis wanita. Siapa? Mereka ialah isteri
saya, ibu saya, anak perempuan saya dan adik perempuan saya.
Tahu maksudnya?
Awak nanti di akhirat, awak akan dibantu oleh empat lelaki! Siapa
mereka? Mereka ialah suami, ayah, adik atau abang malah anak lelaki
awak!”
Lelaki beriman menjawab Keluhan remaja perempuan C:
“Nak beribadat macam lelaki? Ingat mudah ke nak dapat syurga? Sedarlah,
awak sebagai wanita boleh masuk sebarang pintu syurga yang awak sukai.
Ya, dah la syurga, ada pilihan pula hanya dengan empat cara.
Apa itu?
Solat lima waktu, berpuasa bulan Ramadhan, menjaga kehormatan dan tahu
apa satu lagi? Taat pada suami awak. Itu saja asasnya! Tapi masih ramai
wanita yang angkuh dengan suaminya”
Lelaki beriman menjawab Keluhan isteri D:
“Saya, seorang lelaki wajib berjihad fisabilillah. Awak, seorang wanita
jika taat akan suaminya,dan menunaikan tanggungjawabnya kepada Allah,
maka awak akan turut menerima pahala setara seperti pahala orang pergi
berjihad fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata!”
Lelaki beriman bertanya:
“Sebenarnya, apa lagi yang awak mahu, wahai kaum hawa?”
Namun, wanita-wanita tadi menangis dan salah seorangnya berkata;
“MasyaAllah, sayangnya Allah pada wanita, namun kami sendiri yang
mengheret diri ke neraka yang mana ramainya kaum kami berbanding kaum
lelaki!”
Demikianlah dialog wanita-wanita yang curiga itu dengan seorang
lelaki biasa namun beriman. Musuh Islam tidak akan berhenti melakukan
segala upaya, sampai kita ikut dan tunduk kepada cara-cara dan peraturan
yang dipromosikan dan diperjuangkan mereka.
Allah, yang menciptakan kita, maka sudah pasti Dia yang Maha Tahu
pada manusia, sehingga segala hukumNya malah peraturanNya, tentulah yang
terbaik bagi manusia dibandingkan dengan segala peraturan yang dicipta
manusia.
Wahai lelaki, jagalah isterimu kerana dia perhiasan, pakaian dan
ladangmu, sebagaimana Rasulullah s.a.w pernah mengajarkan agar kaum
lelaki berbuat baik selalu (lembut) terhadap isteri anda sekalian.
Berbahagialah wahai para muslimah.
Tunaikan dan menegakkan agamamu, nescaya syurga menanti…