16 Aug 2012

Rahsia cara makan

Bukan saja tahi lalat, jerawat, cara menulis dan bercakap boleh menujukkan personaliti seseorang. Cara makan pun boleh menilai personaliti seseorang. tapi sejauh mana ketepatannya masih dirugai. Mungkin ini boleh membantu anda untuk menilai pasangan anda.

Makan dengan tenang

Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada jugak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih ‘minat’ dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya!

Asyik belek makanan
Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan,elok saja. Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam setiap apa yang dilakukan dan itu menunjukkan dia memang serius dengan kamu. Jadi, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat. Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi ‘wujud’ di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu ‘hilang’ sesaat pun dari pandangannya. Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah ye!

Makan sambil borak

Seronok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Merajuk tu adalah sesekali dua. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan sesekali buat dia marah.

Makan sambil kerap tengok jam
Tengok jam tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan masa masih panjang dan tak ada perkara yang nak ‘dikejar’. Jangan salah faham, bukannya dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti  dia sampai ‘on time’. Mereka juga tak berapa suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut

Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma ingat, orang seperti ni kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!
Diketegori yang manakah anda atau si dia kesayangan anda? Mungkin ada sedikit jangkaan yang mengena dengan personaliti anda, yang tak mengena ini hanya lah info dari kajian psikologi.



No comments:

Post a Comment